Menteri Penerangan Abdul_Kadir_Sheikh_Fadzir

Pada tahun 2004, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melantik beliau sebagai Menteri Penerangan (2004) menggantikan Datuk Mohd Khalil Yaakob. Selepas beliau meletakan jawatan beliau daripada kabimet pada 2006, Datuk Zainuddin bin Maidin pula menjadi Menteri Penerangan.

Pada 12 November 2005, siaran 24 jam Kedah FM dilancarkan oleh Sultan Kedah.Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku menteri penerangan turut hadir.Malah Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau.

Abdul Kadir menjadi 'pelakon tambahan' dalam drama Mahligai Gading.Turut berlakon ialah Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[3]

Saluran Jia Yu dirasmikan oleh Abdul Kadir selaku Menteri Penerangan pada 17 November 2005. 70% kandungan diimport dari China dan Hong Kong dikawal oleh Cosmos Discovery.

Pada 1 April 2005, Radio 6 dijenamakan semula sebagai Minnal FM dan dirasmikan oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Penerangan pada tahun 2006.[2]

Keluar dari UMNO

Pada 19 Mac 2012, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir telah membuat pengumuman untuk keluar parti dari parti UMNO yang dianggotainya lebih 56 tahun. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.[4]

Dalam perkembangan yang sama, PAS menyifatkan pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti UMNO sebagai tamparan hebat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Kadir itu untuk menebus maruah negara yang digadai oleh BN. Mahfuz percaya tindakan Tan Sri Abdul Kadir merupakan satu tamparan kepada Najib yang baru-baru ini berkata rakyat jangan cuba menggadaikan masa depan negara untuk memberikan sokongan kepada pembangkang.

Mahfuz juga melakarkan ucapan tahniah kepada Kadir yang disifatkannya telah membuat keputusan yang tepat, Mahfuz juga berkata, tindakan kadir itu merupakan satu 'signal' kepada masyarakat untuk menolak Umno.

Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana tindakan berani dan ini satu keputusan demi untuk masa depan negara kita. Memang sesuai dengan apa yang pernah dikatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kekalahan Umno dalam pilihan raya akan datang baik untuk negara.

- Mahfuz Omar.[5]